Bukan Diriku
Bukan ke mudah jika setiap masalah boleh diselesaikan dengan ketawa ? Bukan ke mudah jika kesedihan yang dihadapi boleh diubati dengan ketawa ? Bukan ke mudah melalui hari semalam , hari ini dan hari yang akan datang dengan ketawa ? Sebenarnya inilah aku , dalam keadaan sedih , perit , pahit , rindu , senang , gembira , risau , susah dan apa jua jenis perasaan .Pementasan lakonan aku sentiasa menjadi sehingga sering dianggap seorang yang periang tetapi bila sahaja aku pulang ke rumah , aku kembali menjadi diriku yang sebenar . Seorang yang murung dan suka bersendirian mengurung diri di dalam bilik yang sering aku anggap syurga . Hanya di bilik ini sahaja aku menjadi aku yang sering menitis air mata kesedihan dengan perjalanan hidupku yang tidak seindah gelak ketawaku pada siang hari .
Posted at 10:39 | 0 comments